Kekuatan BN Tak Bergantung Kelemahan Pembangkang

Barisan Nasional (BN) tidak bergantung kepada kelemahan dan perpecahan pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, BN menumpukan kepada strategi pengukuhan parti komponen untuk mengekalkan mandat rakyat bagi meneruskan tampuk pemerintahan.

Katanya, BN juga tidak menumpukan kepada strategi melemahkan parti lawan untuk terus berkuasa.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda BN, berkata Jalinan Rakyat (JR) Plus yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu adalah strategi terkini untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Sebab itu kita lancarkan JR Plus sebagai bentuk jentera baharu, senjata sangat berbisa. Jentera merangkumi sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO.

“Kita tidak perlu lihat parti lawan, cukup kita bersedia… kita kuat rakyat terima. Insya-Allah kita menang,” katanya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr Ismail (2), Kuala Lumpur, di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.

“Begitu juga dalam politik, saya tak perlu lemahkan pembangkang. saya tak kisah apa DAP dan PKR buat, kita kuat, rakyat boleh terima,” katanya. — BHONLINE

Comments

comments