Tajul, Wany Bakal Menggamit Kenangan Pasangan ‘Memori Berkasih’

Oleh Syazwan Husaini Sanusi dan Ahmad Hisyam Azren

 

Bakat baharu industri muzik, Tajul dan Wany Hasrita bakal menggamit memori pasangan duet ‘Memori Berkasih’, Allahyarham Achik dan Nana dengan lagu baru mereka ‘Disana Cinta Disini Rindu’.

 

Gabungan mereka seperti mengimbau kembali zaman ‘Paling Comel’ dan ‘Tragedi Cinta’ apabila Tajul menggalas tanggung jawab sebagai legasi Achik manakala Wany pula dikatakan mempunyai suara seakan-akan sama dengan Siti Nordiana. Biarpun dikatakan begitu Wany mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang positif.
Perancangan asal untuk hasilkan single kedua ini adalah duet bersama Siti Nordiana. Walau bagaimanapun selepas perbincangan, Nana telah mengatur jadualnya terlebih dahulu dan ia digantikan dengan Wany Hasrita.

 

Dalam pada itu, sejak dimuat naik ke laman YouTube pada penghujung tahun lalu, video rasmi ‘Menahan Rindu’ sehingga kini sudah pun ditonton lebih 8 juta kali dan lebih 13 juta kali bagi lagi Sedalam-Dalam Rindu’ sekaligus meletakkan nama Wany Hasrita dan Tajul antara bintang baharu yang semakin mencipta sensasi di media sosial, seperti Aiman Tino dan Irfan Haris.

 

Untuk mendengar lagu terbaru mereka anda boleh tonton versi akustik di https://www.youtube.com/RadioERA dan lirik video di https://www.youtube.com/watch?v=-Uy-N_dkp8M.

 

Leave a Reply