Zahirah Macwilson Berguru Dengan Azrel Ismail Tentang Padi?

Oleh Syazwan Husaini Sanusi dan Ahmad Hisyam Azren Ibrahim

 

Irsya sudah biasa dengan kehidupan selesa sejak kecil lagi. Kini, gadis cantik tetapi sombong itu tidak percaya yang dia harus pulang ke kampung untuk bekerja dengan datuknya ketika cuti semester.

Irsya ingatkan kerja yang bakal diberikan oleh datuknya mudah, namun terkejut apabila dia harus belajar menanam padi dengan sepupunya, Harris.

 

 

 

Adakah Irsya sudah bersedia untuk melakukan kerja-kerja yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini?

Drama bersiri baharu Cucu Tauke Beras telah mula menghiasi kaca televisyen menerusi slot Dahlia TV3 sejak 15 April, pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang menggantikan drama hebat, Meh Sandar Pada Aku.

 

 

 

Bakal memasuki episod ketiga pada 21 April 2017, drama 20 episod terbitan A.Aida Production Sdn. Bhd. arahan saudara Khalid Nadzri ini turut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Tania Hudson, Zizan Nin, Annie Arifin, Farisha Irwayu, Catriona Ross.

 

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my di TV3 melalui langganan pakej tonton VIP.

 

Leave a Reply