Battle Mentor Milenia 2017 Cecah 3.15 Juta Penonton

Oleh Syazwan Husaini Sanusi dan Hisyam Azren

 

Program realiti popular TV3, Mentor Milenia 2017, yang telah bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam Ahad lepas berjaya mencecah 3.15 juta penonton! (sumber: Nielsen Audience Measurement)

 

Sudah ternyata formula mentor Tomok, Black, Hazama dan Akim berkesan setelah program ini berjaya mencetus fenomena dan menarik perhatian penonton di luar sana untuk terpaku di depan kaca televisyen dan menyokong lima protégé yang masih bertanding.

 

 

 

 

Menurut Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, “Bukan mudah bagi sebuah program realiti untuk mencecah rating setinggi ini kerana mempunyai saingan daripada saluran televisyen lain.

 

Sejujurnya kami sangat berbangga dengan pencapaian Mentor Milenia 2017 yang berjaya mengangkat kebolehan dan bakat barisan protégé ke mata penonton.

 

Selain itu, kami juga kagum dengan kemampuan keempat-empat mentor yang berbakat dan kreatif ini terutamanya dalam pemilihan protégé-protégé mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

 

 

 

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak mentor dan protege pasti melahirkan insan seni yang dapat melakar nama di persada dunia seni.

 

Terima kasih juga kepada para penonton setia Mentor Milenia 2017 dan terus bersama kami hingga ke peringkat akhir yang bakal diadakan pada 7 Mei ini,” ujarnya lagi.

 

Comments

comments