Golf Di Atas Kapal Merentasi Tasik Kenyir

Bermain golf lazimnya di padang luas terbentang, namun di Terengganu cabarannya akan bermula dari atas kapal yang berada di sekitar Tasik Kenyir .

Bola golf yang dipukul mungkin jatuh ke dalam lubang di antara salah satu daripada 340 buah pulau kecil di sekitar tasik yang diiktiraf terbesar di Asia Tenggara itu.

Peminat golf terutamanya boleh menikmati kelainan bermain golf ini sekitar Jun 2018 apabila idea cetusan usahawan anak negeri Terengganu, Mohd Apandi Abdullah menjadi kenyataan. – BERNAMA

Comments

comments