Parlimen Britain Beri Mandat Dua Pertiga Kepada PM Untuk Adakan Pilihan Raya 8 Jun

Perdana Menteri Britain, Theresa May pada Rabu berjaya memperolehi sokongan dua pertiga daripada ahli-ahli parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum pada 8 Jun depan.

Dalam undian yang dijalankan itu, 522 ahli parlimen mengundi bersetuju manakala 13 lagi menentang.

Tempoh penggal parlimen sekarang hanya akan tamat pada 2020.

Tetapi Theresa membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya awal bagi memperolehi mandat baru yang lebih kukuh untuk berunding dengan Kesatuan Eropah berhubung keputusan Britain keluar dari kesatuan tersebut.

Dalam satu referendum yang berlangsung tahun lalu, lebih 52 peratus rakyat Britain mengundi untuk keluar sebagai anggota Kesatuan Eropah dalam tempoh dua tahun dari sekarang. – Mstar Star

 

Leave a Reply