Kurang Seminggu Lirik Video ‘Tergantung Sepi’ Cecah Lebih 1 Juta Tontonan

Oleh Syazwan Husaini Sanusi dan Hisyam Azren

 

Lirik video terbaharu nyanyian Haqiem Rusli berjudul ‘Tergantung’ mendapat sambutan hangat di YouTube selepas lebih 1 juta penonton menyaksikannya dalam masa 6 hari.

 

Bagi single keduanya ini, beliau sekali lagi bekerjasama dengan komposer lagu Segalanya, iaitu Gouffran dan Ibnu. Lagu ini turut mendapat komen yang positif daripada netizen dan mereka turut menjangkakan ia akan menjadi OST bagi drama akan datang.

 

 

Sementara itu, Haqiem yang turut melekat namanya dalam senarai awal kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-30 (ABPBH 3.0) cukup teruja dengan pencalonan terbabit.

 

Leave a Reply