Penyokong JDT Serbu Kaunter Tiket

Gambar oleh JOHORSOUTHERNTIGERS.COM

 

Beratus-ratus penyokong Johor Darul Takzim (JDT), sanggup beratur panjang di pekarangan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bagi mendapatkan tiket perlawanan suku akhir Piala FA menentang Pahang, Ahad ini.

Malah, ada penyokong JDT sanggup bermalam di pekarangan stadium itu bagi memastikan mereka tidak terlepas tiket perlawanan itu.

Tinjauan BH mendapati hujan lebat sejak kira-kira jam 8 pagi menyebabkan orang ramai terpaksa beratur di kaki lima mengelilingi stadium itu.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dan pihak marshal turut ditempatkan di kawasan itu dengan kaunter pembelian tiket mula dibuka jam 9 pagi.

Penyokong JDT yang hanya mahu dikenali sebagai Azura, berkata beliau bersama rakannya sanggup tidur di pekarangan stadium itu bagi memastikan mereka dapat membeli tiket.

“Bagaimanapun, saya tak puas hati apabila setiap orang hanya dihadkan membeli dua tiket sahaja…tak cukup.

“Saya rasa, saya akan beratur sekali lagi untuk mendapatkan tiket,” katanya.

Pada perlawanan suku pertama lalu, Pahang mengatasi JDT, 3-1. – BH ONLINE

Comments

comments