Polis Ditembak Mati Di Paris, Disyaki Serangan Militan

Seorang anggota polis ditembak mati, manakala dua lagi anggota cedera parah dalam serangan seorang lelaki bersenjata di Champs Elysees, di tengah kota Paris.

Insiden berlaku tiga hari sebelum pilihan raya presiden Perancis.

Lelaki bersenjata yang disyaki sebagai anggota militan ISIS dikenal pasti sebagai Karim C berusia 39 tahun.

Suspek yang menaiki sebuah kereta Audi melepaskan tembakan selepas polis menghentikan kereta peronda di lampu isyarat merah di lokasi tumpuan pelancong itu.

Dia bagaimanapun ditembak mati dalam tembakan balas yang dilepaskan polis.

Polis Perancis berkata, serangan tersebut kemungkinan merupakan tindakan pengganas.

Polis kini melancarkan operasi memburu suspek kedua dan pasukan keselamatan melakukan kawalan ketat di ibu negara Perancis. – Mail Online

 

Comments

comments