Suspek Serangan Bom Dortmund Ditahan

Oleh Farris Helmy

 

Seorang pemuda 28 tahun ditahan di selatan Jerman dipercayai dalang serangan ke atas bas pasukan Borussia Dortmund pada 11 April yang lepas. Kenyataan ini telah disahkan sendiri oleh Pejabat Pendakwaraya Persekutuan di Jerman.

Suspek ditahan oleh Unit Anti-Pengganas Persekutuan Jerman pagi tadi dan telah didakwa atas tuduhan cubaan membunuh, menyebabkan letupan dan kemusnahan.

Pejabat Pendakwaraya Jerman melaporkan, suspek bertindak demikian atas motif kewangan dan beranggapan nilai saham Dortmund akan susut berikutan serangan tersebut.

Tambahnya, suspek telah menempah bilik di hotel berhampiran daripada 9 April hingga 13 April, dan 16 April hingga 20 April. Tarikh tersebut adalah merupakan tempoh masa perlawanan Dortmund bagi menghadapi saingan suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Borussia Dortmund telah tersingkir dari kempen Liga Juara Juara selepas tewas kepada A.S Monaco dengan agregat 6-3. Di antara punca kekalahan mereka adalah daripada serangan bom yang mereka hadapi beberapa jam sebelum perlawanan.

Comments

comments