Izara Mohon Maaf Secara Terbuka Di Laman Instagram

Oleh Syazwan Husaini Sanusi dan Hisyam Azren

 

Baru-baru ini pelakon J Revolusi, Izara Aishah telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya gara-gara tersebarnya sebuah video lama yang menunjukkan beliau tampil dengan busana beliau yang memang jelas menjolok mata dan dikecam netizen.

 

Dalam video berdurasi 4 saat itu, Izara Aishah dilihat berjalan masuk untuk menyapa rakan rakan dan seorang hadirin telah sempat merakam sisi seksi pelakon tersebut yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.

 

Biarpun malu dan sedih dengan kontroversi tersebut beliau mengambil tanggungjawab penuh di atas kesilapan yang telah dilakukannya.

 

 

“Saya bertanggungjawab di atas kecuaian ini dan memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan video itu.

 

“Saya anggap ini ujian Allah dan pengajaran untuk diri ini. Saya ada tanggungjawab kepada peminat dan akan memberi contoh yang baik untuk mereka,” katanya.

Leave a Reply