SPR Bincang PRK Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut Jumaat ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, dalam kenyataan hari ini berkata, SPR sudah menerima surat pemakluman berhubungan kekosongan kerusi DUN berkenaan daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, hari ini.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada jam 9 pagi Jumaat ini di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

“Mesyuarat Khas itu akan membincangkan semua perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N74 Pujut,” katanya. — BHONLINE

Leave a Reply