Pemain diberikan tugas oleh seorang master tidak dikenali dengan jenis tugasan pelbagai antaranya menonton filem seram sehingga tindakan berbahaya. Bagaimana laporan di Rusia belum lagi terbukti kematian dua remaja perempuan dengan Blue Whale Challenge.

Nama permainan seperti menunjukkan suatu perilaku sejumlah paus biru sengaja mendamparkan diri ke pantai dan mati.

Pusat Internet Aman di Bulgaria memberitahu Balkan Insight, permainan berkenaan mungkin hanya khabar angin yang tersebar atas talian, kerana tidak ada bukti nyata.

Di United Kingdom (UK), segelintir pihak berkuasa mengaku mengetahui ada kejadian berkaitan Blue Whale Challenge walau belum ada kes dilaporkan.

Bagaimanapun pihak berkuasa UK meminta ibu bapa penjaga sentiasa berwaspada dan memantau penggunaan Internet anak-anak. Sekolah Woodlands di Basildon, Essex, mengirim surat kepada ibu bapa dan penjaga murid untuk menjelaskan risiko permainan tersebut.

“Tidak ada bukti mengatakan sesuatu yang tidak diinginkan terjadi terkait Blue Whale Challenge di sekolah kami, tapi kami merasa sebaiknya memberi tahu orang tua dan penjaga. Kami ingin memastikan mereka dapat membantu. Kita semua seharusnya membantu menjaga remaja,” kata wakil ketua sekolah David Wright kepada BBC Newsbeat.

Sementara itu pihak berkuasa beberapa buah negara mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung satu cabaran yang tular dalam kalangan remaja menerusi atas talian. Cabaran Blue Whale Challenge mensasarkan remaja melakukan pelbagai aktiviti merbahaya, dengan kemuncak untuk ‘memenangi’ cabaran ialah dengan terjun dari bangunan tinggi.

Sebelum sampai ke peringkat itu, mereka yang mendaftar untuk melakukan cabaran ini diminta melakukan 50 jenis tugasan, antaranya mengelar dan mengukir pergelangan tangan dengan pelbagai corak, berdiri di pinggir kren tergantung dan di atas landasan kereta api. Atau dengan kata lain, bunuh diri.

Cabaran dikatakan bermula di Rusia pada 2015 dan sehingga kini telah mengakibatkan kematian 130 remaja.

Ia kembali diperkatakan apabila dua remaja di Rusia, Yulia Konstantinova, 15, dan Veronika Volkova, 16, maut selepas terjun dari bangunan apartmen 14 tingkat, Februari lalu.

Status terakhir Yulia di Instagram adalah sekeping gambar ikan paus dengan kapsyen End (tamat).

Veronika pula kerap memuat naik status membayangkan tekanan dialami dengan kapsyen berbunyi “Pernahkah anda rasa tidak berguna” dan “Saya cuma bayang-bayang”.

Sehingga kini, pihak polis negara itu belum dapat membuktikan jika kes tersebut ada kaitan dengan cabaran berkenaan. Ini kerana, Rusia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah kes bunuh diri paling tinggi di dunia, dengan tahun 2013 sahaja mencatatkan lebih 400 kes.

Blue Whale Challenge yang hangat dibincangkan di media sosial bukan baru. Isu itu sudah tersebar di Rusia pada Mei 2016 lalu, melebar ke Eropah Barat dan Amerika Syarikat (AS) kemudian dan mungkin ke rantau Asia.

Permainan ini memang wujud. Permainan dalam komuniti ini seperti permainan lain, mungkin mencetuskan depresi dan tindakan bunuh diri. Namun kaitan antara Blue Whale Challenge dengan bunuh diri belum dibuktikan.

Kisah Blue Whale Challenge dan bunuh diri bermula dengan laporan Noyaya Gazeta yang menyiarkan berita “Kami mengira 130 remaja bunuh diri di Rusia antara November 2015 hingga April 2016. Hampir semuanya dalam kumpulan online yang sama,”.

Salah satu kes bunuh diri dikatakan berlaku pada remaja berusia 19 tahun di Karaganda, Kazakhstan pada 6 Februari 2016. Remaja itu bertindak terjun bangunan dan kematiannya dikaitkan dengan cabaran Blue Whale Challenge.

Pengawasan

Menurut siasatan Radio Free Europe, kematian itu dicetuskan oleh depresi, dan bukan akibat permainan online. Terdapat kematian lain yang menimpa pemain Blue Whale Challenge tetapi masih belum ada bukti ia berkaitan dengan permainan itu.

Menurut laporan akhbar dalam talian Rusia, Meduza kenyataan Noyaya Gazeta bahawa Blue Whale Challenge berkaitan dengan bunuh diri hanya satu pendapat. Editor Meduza mengaitkan permainan itu dengan aksi bunuh diri kerana banyak pemain terutama remaja membunuh diri dan dikatakan mengalami depresi.

Di Rusia, kadar bunuh diri memang tinggi. Pihak berkuasa Rusia menyebut, 62 peratus bunuh diri remaja berkaitan konflik kekasih, guru, keluarga serta ekonomi. Penny Patterson dari London Grid for Learning (LGFL) dalam kenyataan dikeluarkan UK Safer Internet Center menyatakan, “Anak-anak remaja perlu diawasi dan kita perlukan sedar Blue Whale Challenge ini sangat merbahaya dan kita perlu persoalkan perlindungan,”.

UK Safer Internet Center turut mengajak ibu bapa dan penjaga meluangkan lebih waktu bersama anak, termasuk membincangkan apa yang diakses remaja secara atas talian. Mereka perlu memberikan penerangan pada anak tentang had dan batasan dalam hidup.

Di Malaysia sehingga kini masih tiada tanda rakyat Malaysia dikaitkan bermain Blue Whale Challenge namun sebelum ia melarat dan nasi menjadi bubur lebih baik permainan ini dihalang terus dari oleh tersebar di dunia maya . – UTUSAN ONLINE