Tok Guru Dan Juara Dunia

Oleh Ahmad Fauzi Mustafa dan gambar ihsan Facebook Nusa Mahsuri

 

Bagaikan aur dan tebing, isi dan kuku, begitulah kesimpulan akrabnya Datuk Misbun Sidek bersama mantan atlet asuhannya bertaraf dunia,  Datuk Lee Chong Wei.

Kedua-duanya bintang atlet bertaraf dunia ini kelihatan begitu santai dan mesra.

Seorang mantan ahli sukan, seorang lagi ahli sukan masa kini.

Jelas keakraban jurulatih-anak didiknya bagaikan tiada berpisah.

Kemesraan Misbun-Chong Wei tidak boleh dinafikan walaupun Chong Wei sudah bergelar juara dunia dan pemain badminton nombor satu dunia.

Namun taraf sebagai pemain bertaraf dunia itu tidak dijadikan batasan, kerana tanpa jurulatih hebat seperti mantan tok gurunya, Misbun, sudah tentu beliau tidak ke mana pun.

Kelibat kedua-dua mereka tertera dalam Facebook (FB) rasmi Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang memaparkan beberapa keping gambar antara Misbun dan Chong Wei sedang duduk bersembang dan bersantai, di samping bergambar bersama Datin Latifah Sidek, isteri Misbun.

Dalam FB berkenaan turut menyatakan Misbun menerima kunjungan hormat Chong Wei sambil bersantai sebelum pemegang tiga pingat perak Olimpik itu berlepas ke Gold Coast, Australia untuk menyertai Piala Sudirman petang ini (tadi).

 

 

Leave a Reply