Brent Turun 21 Cent

Harga minyak turun hari ini berikutan lebihan bekalan walaupun usaha pengurangan pengeluaran yang diterajui OPEC sedang berlangsung.

Brent turun 21 cent atau 0.4 peratus, berbanding harga penutup sebelum ini pada AS$52 satu tong. Di Amerika Syarikat (AS), dagangan West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$48.88 satu tong, susut 19 cent atau 0.4 peratus.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS berkata, inventori minyak mentah susut 1.8 juta tong bagi minggu berakhir 12 Mei kepada 520.8 juta tong.

OPEC dan Russia bertekad untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari bagi pada separuh pertama 2016, yang mana pengurangan itu dijangka dilanjutkan sehingga akhir Mac 2018. – REUTERS

Comments

comments