Portal BBC melaporkan, satelit ciptaan Rifath Shaarook seberat 64 gram dipilih sebagai pemenang dalam satu pertandingan reka cipta remaja di sini.

Menurut Rifath dari Tamil Nadu, dia pada awalnya hanya mahu menunjukkan kemampuan mesin cetak gentian karbon 3D.

Katanya kepada media tempa­tan, ciptaannya itu akan menjalani misi selama empat jam bagi penerbangan sub-orbital.

Dalam tempoh itu, satelit ri­ngan tersebut akan beroperasi kira-kira 12 minit dalam persekitaran ruang mikro graviti.

“Satelit itu akan mempunyai kom­puter jenis baharu dan lapan sensor bagi mengukur kelajuan, putaran dan magnetosfera bumi,” jelas Rifath.

Satelit Rifath itu dinamakan sebagai KalamSat yang mengambil nama bekas Presiden India, Abdul Kalam yang merupakan perintis bagi sains aeronautik negara ini.

Projek satelit Rifath terpilih dalam pertan­dingan Cubes in Space yang anjuran sya­rikat pen­didikan idoodle dengan so­ko­ngan NASA dan Colorado Space Grant Consortium. – UTUSAN ONLINE