Mel Dinobat Juara Rockanova Musim Pertama

Oleh Syazwan Husaini Sanusi dan Hisyam Azren

 

Mel diumumkan juara Rockanova musim pertama dan berjaya membawa pulang RM80,000 serta sebuah trofi apabila menewaskan tiga finalis lain di Pusat Konvensyen CIDB, malam tadi.

 

Mel telah menyampaikan lagu berjudul ‘Bintang Kehidupan’, nyanyian asal Nike Astria dan lagu duet ‘Total Eclipse Of The Heart’ bersama Dian.

 

 

Kemenangan itu sekaligus meletakkan Azmi sebagai Naib Juara dan membawa pulang wang tunai RM40,000 serta sebuah trofi. Tempat ketiga disandang oleh Zarith manakala Dian pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat. Mereka masing-masing membawa pulang RM20,000 dan RM10,000 beserta trofi.

 

Rockanova yang mula bersiaran sejak 29 Mac lepas diacarakan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad dan disiarkan secara langsung setiap Rabu, 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

 

Konsert Akhir Rockanova ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ratu Rock negara, Ella dan aktres Siti Elizad hadir sebagai juri jemputan.

 

Comments

comments