“Agro-Entrepreneurs” Perlu Diperkasakan Dalam Pembangunan Agro-Makanan

Oleh Kaki Bedal

 

Malaysia asalnya negara yang bersumberkan pertanian.

Sehingga kini, negara ini masih lagi berasaskan sumber pertanian yang menjadikan sebahagian besar punca pendapatan negara.

Negara lain berpaksikan pertanian juga datang dari India, China, Brazil, Indonesia, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Walaupun Malaysia semakin beralih kepada sektor perkilangan, elektronik, industri berat, petroleum dan e-ekonomi dan e-dagangan, namun sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan dan pemprosesan hiliran di bawah setiap Rancangan Malaysia masih menjadi pertanian utama.

Yang penting bagaimana untuk meningkatkan lagi golongan petani, penternak dan nelayan moden secara komersial.

Satu lagi aspek utama ialah “agro-entrepreneurs” untuk menerajui pembangunan agro-makanan yang “privatesector driven” tanpa mengabaikan petani tradisional yang akan ditingkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran mereka.

Ia agar dapat diserapkan dalam proses transformasi ini supaya dapat meningkat produktiviti dan pendapatan mereka sekaligus dapat mengurangkan masalah kemiskinan di negara.

Penulis hendak maklum setiap pelaksanaan Rancangan Malaysia adalah selari dengan harapan tampuk pimpinan negara untuk merevolusikan dan mengindustrikan sektor pertanian ini supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing di mata dunia.

Pernyataan masalah pertanian adalah salah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara Malaysia dengan kepelbagaian penggunaan teknologi dan pengurusan dalam melaksanakannya.

Selaras dengan itu juga, kerajaan Malaysia dilihat selama ini telah merancang beberapa strategi dan peruntukan kepada bidang bidang pertanian bagi setiap Rancangan Malaysia.

Beberapa insentif dan transformasi telah dirancang untuk memajukan sektor pertanian ini.

Antaranya ialah transformasi daripada penggunaan tenaga buruh kepada penggunaan teknologi dan strategi dwi-pertanain yang dijangka dapat menjana pendapatan usahawan tani dengan lebih baik.

Bidang pertanian dilihat dapat mengurangkan masalah pengangguran dan masalah rakyat yang miskin.

Ini jelas dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang menunjukkan bahawa bidang pertanian ini adalah salah satu jentera kepada pendapatan negara.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa peluang ini perlu diambil dan berhenti dengan sifat bermalasan dalam bekerja yang hanya memikirkan bahawa “kerja makan gaji” sudah cukup untuk mereka dan yang terbaik bagi mereka.

Masyarakat kita sering dimomokkan dengan berpendapat bahawa sektor pertanian atau menjadi petani ini adalah salah satu pekerjaan yang tidak mempunyai masa hadapan yang cerah.

Golongan petani juga sering dilabelkan oleh masyarakat sebagai sektor untuk pekerja-pekerja pencen, golongan yang kurang berpelajaran atau malas belajar dan untuk warga emas sahaja.

Kebanyakan masyarakat kita kini sering berfikiran sempit dan jumud tentang sektor pertanian.

Mereka hanya melihat kepada aspek luaran sahaja yang mana kelihatan petani-petani ini berpakaian buruk dan kotor.

Mereka hanya memandang kepada pekerjaan yang mempunyai kod etika berpakaian yang mana memakai pakaian yang baik dan mahal ketika bekerja dan menganggap pekerjaan seperti itu mempunyai kelas yang tinggi di dalam masyarakat.

Selain daripada itu, terdapat juga sebahagian dariapada kita yang tidak kisah tentang kod etika berpakaian ketika bekerja tetapi mereka hanya lebih mengutamakan rezeki yang diperolehi melalui bidang yang dikerjakan.

Golongan ini adalah golongan petani dan peladang yang berusaha gigih, tidak kenal erti penat dan lelah, bereluh di tengah-tengah terikan matahari yang panas semata-mata untuk mendapatkan hasil dari bidang pertanian.

Bidang pertanian adalah salah satu bidang perniagaan.

Itulah yang telah menjadi moto Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

“Pertanian Adalah Perniagaan” membawa maksud bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus memartabatkan dan menggandakan usaha untuk membangunkan sektor ini sehingga para pengusahanya memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan.

Mereka telah mensasarkan setiap petani dan peladang mesti memperolehi pendapatan purata bersih tidak kurang daripada RM2000 sebulan.

Ini telah menjadikan sektor pertanian ini adalah salah satu sektor yang mempunyai potensi besar dalam menggandakan pendapatan penduduk di Malaysia.

Ayuh rakyat Malaysia, kalau boleh di depan rumah atau kondominium sekali pun, mari kita bercucuk tanam di atas tanah yang sekangkang kera atau di dalam pasu atau bekas plastik buatan.

Comments

comments