Perkahwinan Pippa Middleton Paling Hebat Tahun Ini

Abang ipar sebagai pewaris takhta, manakala bintang realiti televisyen dikhabarkan sebagai pengapit pengantin lelaki, tabloid Britain menyifatkan perkahwinan Pippa Middleton hujung minggu ini paling hebat tahun ini.

Pippa ialah adik kepada Duchess of Cambridge, Kate Middleton. Gabungan penampilan berprofil tinggi iaitu Putera Harry dan kekasihnya, Meghan Markle, yang juga pelakon Amerika Syarikat, perkahwinan Pippa dengan pakar kewangan James Matthew mencetuskan kegilaan akhbar yang menyiarkan majlis berkenaan.

Pippa, 33, menjadi terkenal seluruh dunia tanpa disangka apabila menjadi pengapit kakaknya pada perkahwinan beliau dengan Putera William, terutama kerana gaun mengikut bentuk badan yang dipakainya di majlis itu.

Tidak seperti kakaknya yang berkahwin di Westminster Abbey di London, Pippa dan Matthews akan berkahwin di gereja tempatan, St Mark di kampung terpencil Englefield, kira-kira 80 kilometer ke barat London.

Anak sulung William dan Kate, Putera George akan bertindak sebagai pembantu manakala Puteri Charlotte akan menjadi salah seorang pengapit pengantin perempuan.

Adik Matthews, Spencer, yang membintangi rancangan realiti televisyen, Made in Chelsea, dijangka menjadi pengapit abangnya.

Sementara Harry dijangka ditemani kekasihnya, aktres siri ‘Suits’ dalam apa yang menjadi penampilan bersama mereka secara terbuka sejak pendedahan kedua-duanya menjalin hubungan cinta November lalu. — Reuters

Comments

comments