MINDA : Pabila Yang Tak Macam Melayu Kononnya Nak Laga Melayu

Oleh Kaki Bedal

 

Orang kita memang dah masuk perangkap pembangkang bukan Melayu.

Kalau tak sokong kerajaan, walaupun apa yang disampaikan bukan sesuatu yang patut disensasikan, itulah yang berlaku.

Kalau pemimpin pembangkang dan penyokong mereka beri reaksi kepada pandangan pemimpin UMNO, mereka tidak akan bersetuju dan mengutuk serta menghasut kebencian sudah pasti.

Mereka kecam dan marah bila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beri pandangan bahawa jika orang Melayu pastinya orang itu akan mengutamakan bangsa, agama dan negara.

Mereka mungkin boleh tuduh Zahid tak wajar ungkit latar belakang Tun Dr Mahathir tetapi apakah yang disebut itu tidak benar sama sekali?

Bila Mahathir dan anaknya pun protes tambah berkokoklah penyokong pembangkang kecuali yang bukan Melayu.

Ini bukan rasis tetapi sekadar pandangan kerana penulis rakyat marhaen.

Maka mereka yang Melayu pun membalas dengan mengungkit balas dan terus dakwa mengapa Datuk Seri Najib perlu letak jawatan, sebut lagi pasal 1MDB sehinggalah Menteri Pendidikan keluar kenyataan tiada rancangan buang nama Mahathir daripada buku teks.

Kalau nak dilihat dari segi sejarah, dulu PAS jadi ejen pembangkang bukan Melayu untuk bantai kerajaan hingga berlaku macam macam termasuk berbalah sesama bangsa dan agama.

Kini, selepas PAS buat keputusan tiada gunanya bersama mereka, siapa lagi nak jadi ejen kalau bukan orang Melayu yang masih ada dan baru masuk.

Kita pun boleh nampak.

Orang Melayu terutamanya boleh tengok ramai ejen pembangkang bukan Melayu membantai pemimpin Melayu.

Bila kerajaan bagi BR1M, mulanya tak setuju kemudian setuju.

Bila MRT siap kata mereka kononnya boleh buat lebih baik dan kos rendah.

Cakap besar tapi buat tak pernah.

Kalau yang bukan Melayu boleh pijak gambar pemimpin Melayu, apa lagi yang mereka boleh buat terhadap orang Melayu bukan setakat pijak sahaja kalau mereka berkuasa.

Melayu skru Melayu dah lama dah.

Dalam kata-kata dan perbuatan sekali tapi ia lebih dirasai bila bekas Perdana Menteri yang pernah berkuasa selama 22 tahun sanggup menyertai Timbalannya untuk skru bangsa majoriti negara sendiri.

Atau memang benar dia memang tak kisah kerana dia tak berapa Melayu?

 

  • Penulis ialah editor digital kanan yang khusus membuat liputan antarabangsa dan berkecimpung dalam industri media sejak tiga dekad lalu

Comments

comments