PARLIMEN: Kes Murid Terlibat Salah Laku Buli Terkawal – Kementerian

Sistem Sahsiah Diri Murid menunjukkan peratusan murid yang terlibat dalam salah laku buli adalah terkawal bagi tempoh 2012 hingga tahun lepas, kata Kementerian Pendidikan.

Rekod sistem itu menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang melakukan salah laku buli pada 2012 dan 2013 adalah 0.08 peratus, turun kepada 0.06 peratus pada 2014 dan 2015, serta 0.07 peratus pada tahun lepas.

“Dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 0.02 peratus terlibat dalam gejala itu,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ia menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) yang ingin tahu statistik lima tahun terkini kes buli melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah serta langkah kementerian dalam memerangi gejala tersebut.

Kementerian itu berkata faktor keluarga, individu yang menjadi pembuli, pengaruh media, sekolah dan persekitaran dikenal pasti sebagai penyumbang kepada gejala tersebut. – BERNAMA

Comments

comments