Barcelona Lebih Baik Tanpa Neymar – Busque

Pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona nyata menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak.

Ada yang berasa sedih dengan pemergian pemain tersebut ke Perancis, tetapi ada juga yang mengeji pemergian pemain tersebut dengan merasakan pemain tersebut pergi kerana wang.

Isu perpindahan Neymar ke PSG nampak sudah mula selesai. Namun ia masih lagi terdapat beberapa perkara berbangkit

Antara seperti Neymar mahu menuntut bonus tertunggak dari Barcelona dan sekatan sijil perpindahan antarabangsa untuk menlengahkan Neymar dari melakukan penampilan pertama bersama pasukan tersebut.

Dikala terdapat pendapat yang bercampur-campur mengenai perpindahan Neymar, Vicente Del Bosque memandangnya dari sudut yang lain.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Sepanyol Vicente Del Bosque, beliau menegaskan yang Barcelona akan menjadi pasukan yang lebih baik tanpa Neymar bersama mereka.

Hal ini kerana, Barcelona telah menyingkirkan pemain yang dilihat seperti ‘pengacau’ di dalam pasukan mereka.
“Barcelona telah menyingkirkan pemain yang kadang kala boleh menjadi ‘pengacau’ dalam pasukan mereka.”

“Dengan penjualan Neymar ini, mereka mampu menjadi pasukan yang lebih baik selepas ini.”

Bagi Del Bosque, Barcelona akan kembali cemerlang dan menjadi pasukan yang lebih mantap selepas perginya Neymar. – SEMUANYABOLA.COM

Comments

comments