32 PDM Semporna Diarah Bersedia Hadapi PRU14

-Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mengarahkan Jentera UMNO di 32 pusat daerah mengundi (PDM) di sini bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata arahan itu bagi memastikan kerja-kerja jentera tersusun dan berjalan lancar.

“Dalam perjumpaan bersama beberapa PDM baru ini kita mahu mereka membentuk jawatankuasa dalam PDM bagi memudahkan gerak kerja serta penyusunan jentera untuk turun padang mendekati rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program seminar pemantapan jati diri wanita anjuran Persatuan Ibu tunggal Semporna di sini, hari ini.

Nasir berkata anggota PDM turut diminta mengenal pasti lokasi sesuai untuk mewujudkan PDM baharu yang bertujuan pemudahcara agar rakyat dan pemimpin dapat berhubung dengan lebih efisyen.

“Anggota PDM secara tidak langsung dapat mengesan lebih awal bilangan pengundi di kawasan masing-masing,” katanya. — BERNAMA

Comments

comments