Bendahari PKPU, Mohd. Ajib Ismail berkata, harga untuk satu bahagian lembu ialah RM350, RM2,450 untuk seekor lembu manakala RM650 untuk seekor kambing.

Katanya, pelaksanaan korban dan akikah kali kesembilan itu akan diadakan mulai 2 hingga 4 September ini di beberapa lokasi yang dipilih sekitar Kemboja.

“Ibadat ini juga diadakan untuk membantu pengumpulan dana pendidikan bagi pelajar Islam di negara berkenaan kerana mereka adalah golongan minoriti di sana.

“Kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai menderma sambil beribadat selain membantu saudara seagama dengan tawaran harga yang murah berbanding di tempat lain.

“Lebihan dari kutipan ini kita akan sumbangkan ke Tabung Pendidikan Umat Islam Kemboja untuk pembayaran gaji guru dan kemudahan infrastruktur di sana,” katanya.

Mereka yang berminat boleh berhubung dengan Mohd. Ajib melalui e-mel, mohdajib@islam.gov.my atau menerusi telefon di 012-5052771. – UTUSAN ONLINE