Bapa Timbalan Presiden PAS Meninggal Dunia

Bapa kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meninggal dunia jam 12.30 tengah hari tadi. Tuan Man Tuan Mat, 83, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Jerantut akibat sakit jantung.

Beliau meninggalkan isteri dan 10 anak serta 50 cucu. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi berkata, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam 5.30 pagi selepas mengalami sesak nafas.

“Selepas mendapatkan rawatan, arwah kelihatan sedikit kuat dan saya sempat bersembang bersamanya.

“Bagaimanapun, sebelum arwah sempat dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh kira-kira jam 12 tengah hari untuk rawatan lanjut… keadaannya kembali lemah sebelum tidak sedarkan diri.

“Doktor yang melakukan pemeriksaan kemudiannya mengesahkan arwah  sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. Tuan Ibrahim berkata, arwah bapanya itu sudah lama dikesan mengidap sakit jantung.

Katanya, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak dan isteri. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Balai, dekat sini, selepas solat Asar.

“Alhamdulilah,  urusan pengebumian arwah berjalan lancar dan ramai kenalannya yang datang menghadirinya. “Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Illahi dan pemergiannya itu pasti akan dirindui,” katanya. – BHOnline

Comments

comments