23 °c
Kuala Lumpur
Thursday, January 17, 2019

GGNiaga Sambung Amalan Rasulullah

Sekali lihat, berniaga nampak macam mudah. Hendak pula meniaga di tepi jalan. Bukan susah pun, ada barang menarik dan jual sahaja. Namun sebenarnya ia tidak semudah itu. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan biarpun kecil, perancangan teliti dan ilmu perniagaan perlu ada dalam diri setiap peniaga.

Jika tidak, pasti ada pihak bakal tersadai di tepi jalan melihat perniagaannya menemui jalan buntu. Kita semua mengetahui bahawa perniagaan merupakan satu cara terbaik menjana pendapatan dan Islam menggalakkan umatnya untuk berniaga.

Amalan berniaga turut dilakukan oleh Rasulullah SAW pada usia muda dan ramai sahabat baginda terlibat dalam perniagaan dan berjaya seperti Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Uthman al-Affan r.a.

Allah SWT juga menyarankan manusia untuk berniaga dan perkara itu ditegaskan dalam surah An-Nisaa�� : 29 yang bermaksud:

a�?Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu.a�?

Apa yang pasti, setiap individu ingin terjun ke alam perniagaan a�?wajiba�� mempunyai ilmu dalam bidang yang mahu diceburi dan bukan dibuat secara membuta tuli kerana melihat kejayaan orang lain atau sekadar mahu mengikut trend semasa.

Begitu juga dengan perniagaan food truck atau kedai makan bergerak yang kini seakan-akan menjadi trend semasa dan begitu a�?hota�� dalam kalangan usahawan muda bagi menjana pendapatan.

Bagi memberi bimbingan agar tiada usahawan muda ditipu oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan, GGNiaga tampil menawarkan kepakaran menerusi program Legasi Usahawan Food Truck 2020.

Pengarah Urusannya, Norjimi Azmi Latif berkata, menerusi program itu, pihaknya bukan sahaja menyediakan pembelian kenderaan jauh lebih murah malah menawarkan kemahiran dan ilmu dalam bidang perniagaan food truck.

Katanya, program kendalian syarikatnya itu juga bertindak memberi kesedaran kepada golongan usahawan berhubung tindakan yang perlu dilakukan seperti undang-undang berniaga di kawasan pihak berkuasa tempatan, urusan pengubahsuaian kenderaan dan percukaian.

Paling penting menurutnya, membantu usahawan baharu hendak berjinak dalam perniagaan food truck agar tidak ditipu golongan suka mengambil kesempatan terhadap golongan lemah seperti ibu tunggal atau kumpulan kurang berpendidikan tinggi.

a�?Ada yang dijanjikan dengan sebuah food truck sekiranya menyertai kumpulan-kumpulan tertentu atau mencari a�?downlinea�� bagi memperoleh kenderaan perniagaan itu sebagai balasan.

a�?Ada juga usahawan ingin membeli food truck lebih mahal bagi disesuaikan dengan jenis perniagaan mahu diceburi tetapi mereka diberi kenderaan murah dan tiada kualiti. Misalnya food truck pasar malam dijual pada harga RM55,000 tetapi mereka membayar foodtruck mobil cafe bernilai RM76,000,a�? katanya.

INFO:

* GGNiaga sedia beri bantuan kepada golongan bankrap

* Menjalankan sistem sewa jual. Selepas enam atau tujuh tahun, boleh jadi hak milik sendiri.

* Wang deposit RM2,500 sehingga RM5,000 dikembalikan selepas pembayaran selesai.

* Konsep perniagaan dianjurkan: Belajar, a�?Faham, Kaji dan a�?Beli Food Truck. – UTUSAN ONLINE

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.