4 Lagi Negara Sertai AYLF

Hubungan jaringan kepimpinan belia ASEAN terus diperkukuhkan dengan penyertaan baharu Singapura, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka dalam Persidangan Pemimpin Belia ASEAN (AYLF), hari ini.

Penyertaan anggota negara terbabit menjadikan delegasi yang hadir pada persidangan kali ini 42 orang berbanding 30 orang ketika penubuhannya pada 2014.

President AYLF Malaysia, Dr Nur Aisyah Zainordin, berkata persidangan kali ini bermatlamat untuk memperkukuhkan struktur kepimpinan sedia ada.

“Kita dalam usaha memperhalusi kepimpinan AYTL di peringkat ASEAN dan juga negara masing-masing,

“Penambahan perwakilan baharu ini menandakan penubuhan cawangan AYLF Singapura, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka, ” katanya pada sidang media AYTL, hari ini.

Presiden AYLF Filipina, Abdul Majid U Mimbatas menyifatkan AYLF sebagai platform yang proaktif bagi belia negara terbabit bertukar idea dan mampu membantu memperkukuhkan hubungan diplomatik negara terbabit.

“Penyertaan Filipina mampu memberi peluang belia kami untuk meningkatkan taraf pendidikan terutama belia beragama Islam, ” katanya.

Sementara itu, Nur Aisyah berkata, AYLF Malaysia sedang merangka pelan tindakan bantuan kemanusiaan untuk disalurkan kepada kem pelarian Rohingya Malaysia dan mewujudkan kumpulan sokongan pemulihan golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

AYLF ditubuhkan bermatlamat merapatkan hubungan jaringan komuniti ASEAN dan menjadi platform utama melatih belia menjadi pemimpin di peringkat global. — BHONLINE

Comments

comments