Malaysia Memiliki Strategik Ekonomi – Menteri Kewangan Kedua

Oleh Ahmad Fauzi Mustafa dan gambar oleh Bakri Jeman   Belajar dari krisis kewangan ! Belajar dari krisis ekonomi ! Belajar dari kesilapan mahu pun kesilapan dan kelemahan kita ! Begitulah rumusan yang disuarakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang melihat negara ini dilimpahi pemikir dan pemimpin yang mempunyai kemampuan tinggi menangani dan menghadapi sebarang krisis dan permasalahan ekonomi, tidak kira global dan domestik. Malahan Johari juga berpandangan bahawa setiap pasaran modal dan portfolio aset kewangan semasa Malaysia yang bernilai RM5.5 trilion, mampu menyokong ekonomi negara. Tegasnya, elemen yang kukuh dalam pasaran ekonomi negara dapat menampan sebarang kejutan luaran serta aliran keluar dana. Daripada jumlah itu, menurut Abdul Ghani, pasaran modal adalah bernilai RM3.1 trilion, terdiri daripada ekuiti (RM1.8 trilion) dan bon (RM1.3 trilion) manakala baki RM2.4 trilion merupakan aset kewangan. “Inilah asas-asas yang kita ada iaitu kekuatan sistem kewangan, pasaran modal, sistem perbankan dan aset negara kita akan dapat bertahan daripada sebarang aliran keluar,” katanya sewaktu berucap sesi ¬†dialog makan tengah hari bersama pengamal media anjuran Malaysian Press Institute (MPI) di sini, Isnin lalu. ¬† Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya dan lebih 50 pengamal media arus perdana, media sosial baharu … Continue reading Malaysia Memiliki Strategik Ekonomi – Menteri Kewangan Kedua