Bekas Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Pertama Meninggal Dunia

Oleh Ahmad Fauzi Mustafa yang pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia yang kini seorang pengarang eksekutif digital berita portal.

 

Seorang yang rendah diri, berwawasan jauh dan sentiasa berdiplomasi.

Kalau disebut soal diplomasi, sudah tentu cara tersendiri itu dipraktiskan sebaik mungin apatah lagi berdepan dengan Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Dewan Negara.

Itulah bekas Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia pertama, Datuk Seri Kamaruddin Mohamed Baria meninggal dunia akibat serangan asma di kediamannya di Presint 10, di sini awal pagi tadi.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia antara tahun 2005 hingga 2010.

Allahyarham, 62, meninggalkan seorang isteri, empat anak berusia 27 hingga 35 tahun termasuk seorang lelaki serta dua cucu.

Isterinya, Datin Seri Noor Azan Ahmad, 61, berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5 pagi.

Berita Harian turut melaporkan isteri arwah, berkata, Allahyarham yang menghidap penyakit asma sejak beberapa tahun lalu mengadu sesak nafas sebelum itu.

Ahli keluarga berada di pengebumian bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. – Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Ahli keluarga menyiram air mawar ketika pengebumian bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. – Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

“Saya menghubungi ambulans dan pegawai perubatan yang tiba terus memberi bantuan pernafasan, namun suami kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya

Beliau berkata, jenazah disembahyangkan di Surau Al-Furqan, Presint 11 Putrajaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 selepas solat Jumaat.

“Allahyarham suami, bapa, datuk yang sangat baik, bertanggungjawab dan penyayang. Allahyarham amat menyayangi cucu-cucu dan sentiasa menjaga mereka dengan baik,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini.

Kamaruddin juga dilantik sebagai Setiausaha SPR pada 1 Oktober 2010 dan bersara pada 13 Ogos 2013.

Comments

comments