MINDA : Arak, Gay Cubaan Cabar Pihak Berkuasa?

Oleh Kaki Bedal

 

Kalau nak kata mereka tak faham. Tak mungkin.

Kalau nak kata mereka tak pandai pun tak mungkin.

Tapi kalau kita kata ada pihak mencabar pihak berkuasa, itu mungkin ada kebenarannya.

Ahli politik tak sah kalau tak bersetuju, khususnya daripada pembangkang.

Yang itu salah, yang ini salah. Mereka sahaja yang betul.

Dua perkara yang bila difikirkan seolah-olah ada cubaan pihak tertentu yang cuba menimbulkan kegelisahan masyarakat dengan mendesak dibenarkan acara  ‘Better Beer Festival 2017’ selain laporan mengenai parti gay diberi nama ‘White Party’ di ibu negara hujung bulan ini.

Bila bercakap soal arak, kita faham orang bukan Islam bagi mereka itu air yang tidak salah dan dibenarkan.

Tetapi, takkan mereka tak faham bahawa air itu membawa kepada kemabukan dan kemuntahan selain memungkinkan kekacauan kalau tidak dikawal.

Lebih-lebih lagi bila pihak berkuasa keselamatan mendedahkan adanya ancaman pihak militan selain perancangan pihak tertentu mahu cetus huru-hara.

Tak payahlah cakap mengenai acara gay.

Sudah sah tidak mungkin dibenarkan kerana menyalahi budaya mahupun undang-undang di negara ini.

Berapa kali pesta bogel yang mahu diadakan di Malaysia?

Sebab itu kita sambut baik arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diharamkan acara gay itu yang dikatakan antara sirkit acara yang turut babitkan Bangkok.

Kita ringkaskan sajalah isu ini.

Tak adakah acara lain yang lebih baik boleh diadakan di negara sendiri?

Masalah utama tentunya apabila ahli politik sendiri seperti Lim Kit Siang cuba memberi hujah bahawa ada patutnya acara arak itu diteruskan.

Selain itu, jika diadakan, ini adalah tahun ke-6 acara itu dijalankan.

Masih belum puaskah?

Apakah dengan berlangsung acara itu baru puas hati dan jiwa?

Mungkin ada benarnya cadangan seorang blogger supaya dibiarkan sahaja pesta itu supaya pihak yang merancang melakukan serangan dapat melakukannya dan selepas itu boleh hentikan sama sekali acara seperti itu selepas ini.

Cuma, kalau benar-benar berlaku, pihak berkuasa juga yang akan dipersalahkan.

Jadi, lebih baik jangan benarkan diteruskan.

Biar hati sakit tetapi semua selamat.

 

  • Penulis ialah editor digital yang kerap kali membuat liputan di peringkat antarabangsa sejak tiga dekad yang lalu.

Comments

comments