Piala EFL Penting Seperti Kejuaraan Lain – Wenger

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, tidak merancang untuk mengorbankan mana-mana kejohanan selepas Jose Mourinho dan Pep Guardiola mempersoalkan nilai Piala EFL.

Pengendali Manchester United, Mourinho, mencadangkan sebarang langkah membubarkan saingan Piala EFL akan membantu kelab Inggeris untuk beraksi lebih kompetitif di Eropah.

Pakar taktikal kelahiran Portugal itu telah diberikan sokongan daripada pengendali Manchester City, Guardiola,  yang menolak kepentingan saingan tersebut.

Bagaimanapun, Wenger melihat sebaliknya, dengan berasakan Piala EFL masih lagi dianggap penting dan nilainya sama seperti kejohanan-kejohanan lain.

“Dengan tekanan yang dihadapi oleh setiap pasukan, anda tidak boleh mengorbankan mana-mana kejohanan,” kata Wenger.

“Anda mengetahui bahawa setiap kejuaraan adalah penting untuk mengekalkan status sesebuah pasukan,” katanya.

Arsenal bakal berdepan Norwich City seterusnya dalam saingan Piala EFL manakala City menerima kunjungan Wolves dan United bertandang ke Swansea City. – STADIUMASTRO.COM

Comments

comments