Pyongyang Ancam Tembak Pesawat Amerika Syarikat

Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong-ho, berkata Pyongyang akan mengambil tindakan balas, termasuk menembak pesawat pengebom Amerika Syarikat, walaupun mereka tidak berada di dalam ruang udara negara itu.

Ancaman itu dikeluarkan susulan kenyataan Presiden Donald Trump yang dianggap satu pengisytiharan perang ke atas Korea Utara.

“Seluruh dunia perlu ingat dengan jelas bahawa Amerika Syarikat terlebih dahulu mengisytiharkan perang terhadap negara kami.

“Memandangkan Amerika Syarikat sudah mengisytiharkan perang terhadap negara kami, kami mempunyai segala hak untuk mengambil tindakan balas, termasuk menembak pengebom strategik mereka, walaupun ketika mereka tidak berada di dalam ruang udara Korea Utara,” kata Yong-ho kepada pemberita di New York. – Reuters

Comments

comments