Wanita India Boleh Tunai Haji Tanpa Mahram

Wanita India berusia 45 tahun ke atas dan melakukan perjalanan secara empat berkumpulan, berkemungkinan boleh menunaikan ibadat haji tanpa ditemani penjaga lelaki atau mahram, tahun depan.

Dasar itu dijangka berkuat kuasa selama lima tahun bermula 2018, jika dipersetujui kerajaan.

Wanita yang menepati kriteria itu tidak perlu lagi ditemani mahram atau saudara terdekat seperti ayah, suami, saudara lelaki atau anak, kata panel dilantik kerajaan yang membuat cadangan dalam semakan dasar haji negara itu.

“Peraturan mahram sudah wujud sejak awal untuk wanita, bimbang jika mereka berdepan sebarang kesukaran ketika melakukan perjalanan.

“Cadangan (menggugurkan penjaga lelaki) adalah cadangan penting,” kata Ketua Eksekutif Jawatankuasa Haji India, Maqsood Ahmed Khan di Mumbai.

Katanya, hampir separuh daripada anggaran 170,000 jemaah haji dari India tahun ini adalah wanita. – REUTERS

Comments

comments