Barca Kembali Buru Coutinho

Barcelona merancang untuk melancarkan kembali usaha mendapatkan tonggak Liverpool, Philippe Coutinho pada jendela perpindahan Januari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif kelab Catalan itu, Oscar Grau, awal pagi tadi.

Barca gagal dalam usaha membawa Coutinho keluar dari Anfield ketika musim panas dengan Liverpool meletakkan harga 200 juta euro (RM1 bilion) buat pemain tengah dari Brazil itu.

Walaupun Coutinho juga cuba merancang perpindahan keluar dari Anfield, Liverpool menolak perpindahan lewat itu pada penghujung musim.

Namun Grau menyatakan dengan jelas kelab gergasi Sepanyol masih belum berputus asa.

“Kami sudah bersedia menandatangani Coutinho, atau mana-mana pemain (ketika perpindahan musim sejuk),” katanya dalam sidang akhbar.

“Kami ada wang,” kata Grau, mengesahkan pengumuman kelab pada Julai mengenai pendapatan 708 juta euro (RM3.546 bilion) bagi musim 2016/2017 dengan keuntungan selepas cukai sebanyak 18 juta euro (RM90.16 juta).

Grau menambah: “Perkara paling penting ialah permintaan pengurusan, dan kami akan melakukan apa saja untuk memenuhinya. Kami mahu sebuah pasukan yang paling kompetitif,” – BH ONLINE

Comments

comments