28 °c
Kuala Lumpur
Friday, July 20, 2018

Navas Bakal Terlepas Aksi Liga Juara-Juara

Penjaga gol, Real Madrid, Keylor Navas mungkin terlepas aksi Liga Juara-Juara minggu depan menentang Tottenham Hotspur selepas mengalami kecederaan kaki, demikian menurut laporan media Sepanyol, awal pagi tadi.

Kelab Sepanyol itu dalam satu kenyataan berkata, Navas telah di diagnosis mengalami kecederaan di bahagian otot paha kanannya.

Media Sepanyol juga melaporkan bahawa pemain kebangsaan Costa Rica itu tidak akan bermain menentang Getafe dalam aksi La Liga, Sabtu ini.

Navas mengalami kecederaan itu ketika beraksi bersama skuad kebangsaan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Honduras pada Sabtu lalu yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. – UTUSAN ONLINE

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.