Pusat Tahfiz Terima Pemadam Api

Pelajar dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Al-Quran As-Syaafi (MTAQAS), di Kampung Baru Pekan Tambun, dekat sini, hari ini, mengikuti latihan keselamatan kebakaran.

Pusat tahfiz itu juga menerima sumbangan alat pemadam api pada program anjuran Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak.

Pengerusi Teknologi Inovasi Komunikasi dan Multimedia DUN Belia Perak, Muhammad Naim Al-Amin Sharudin, berkata usaha itu diharap dapat meningkatkan tahap keselamatan di pusat pengajian itu supaya tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara tidak berulang.

Katanya, selain memberi taklimat dan demonstrasi kepada 13 pelajar pusat terbabit, pihaknya turut menyumbang empat alat pemadam api untuk kegunaan MTAQAS.

“Kita juga meminta kontraktor elektrik bertauliah membantu memeriksa sistem pendawaian bagi mengenal pasti risiko bahaya di pusat ini.

“Insya-Allah usaha ini akan diperluaskan ke daerah lain,” katanya.

Sementara itu, Pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Adil Mohd Fadzil, berterima kasih dengan sumbangan dan latihan yang diberikan.

Beliau turut berharap permohonan MTAQAS untuk didaftarkan di bawah kerajaan negeri diluluskan segera, selain terus mendapat sokongan pelbagai pihak. — BH ONLINE

Comments

comments