Syafiq Ahmad Dilamar JDT?

Dalam satu muat naik Johor Southern Tigers semalam, mereka memuatnaik gambar pemain muda Kedah yang juga merupakan pemain B-23 tahun kebangsaan Syafiq Ahmad bersama dengan Figueroa dan TMJ.

Ramai yang membuat spekulasi ia menandakan yang pemain muda itu akan menyarung jersi JDT pada musim hadapan.

Buat masa ini, tiada berita rasmi tentang hal ini. Untuk pengetahuan pembaca, seorang pemain yang masih belum melanjutkan kontrak dalam masa 2 bulan terakhir, dikira ejen bebas dalam Liga Malaysia.

Namun buat masa ini, kami tidak pasti akan status pemain ini. Jadi ia kekal menjadi tanda tanya sama ada Syafiq Ahmad sedang mengintai peluang untuk beraksi di JDT pada musim hadapan?

Ataupun pemain ini sekadar bersantai  bersama-sama dengan pemilik merangkap Presiden FAM, TMJ dan juga duta kelab tersebut, Luciano Figueroa.

Syafiq Ahmad menjadi salah satu prospek yang baik dalam bola sepak Malaysia. Beliau boleh bermain hampir di kesemua posisi di serangan

Beliau juga menjadi pemain penting Datuk Ong Kim Swee ketika membantu pasukan B-23 Malaysia mara ke Piala Asia B-23 ketika pusingan kelayakan di Bangkok.

Syafiq Ahmad tersenarai dalam skuad muda Malaysia untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan memenangi pingat perak.

Jadi, buat masa ini, tiada pengesahan tentang status Syafiq Ahmad! Jika benar pemain ini akan ke JDT, ianya pasti satu kehilangan yang agak besar untuk pasukan Kedah.

Namun pasukan Kedah telah menjadi gedung yang banyak melahirkan bakat muda di dalam bola sepak tanah air. – SEMUANYABOLA.COM

Comments

comments