Zaccheroni Jurulatih Baru UAE

Jurulatih dari Itali, Alberto Zaccheroni dipilih sebagai jurulatih baharu skuad bola sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE),” umum persekutuan bola sepak negara Teluk itu, pagi tadi.

“Persekutuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu menamakan Alberto Zaccheroni untuk mengetuai pasukan kebangsaan kami,” menurut kenyataan itu.

Menurut laporan media tempatan, Zaccheroni menandatangani kontrak sehingga 2019, tahun yang sama UAE muncul sebagai tuan rumah Piala Asia, trofi yang pernah dijulang pengendali itu pada 2011 ketika bersama skuad Jepun.

Zaccheroni bakal menggantikan Edgardo Bauza yang dilantik pada Mei 2017, apabila jurulatih dari Argentina itu berhijrah ke Arab Saudi sejurus tamat aksi kelayakan piala Dunia 2018.

Untuk rekod, Zaccheroni, 64, pernah melatih Beijing Guoan, Jepun, Juventus, Torino, Inter Milan, Lazio, AC Milan dan Udinese. – BH ONLINE

Comments

comments