Hazard Penyelamat Chelsea

Eden Hazard menjadi penyelamat Chelsea ketika pasukan beliau menyaksikan dominasi Roma pada separuh masa kedua.

Hazard menanduk bola lintang dari Pedro pada minit ke-75 untuk memastikan Chelsea seri 3-3 dengan Roma.

Ini adalah kali pertama Antonio Conte menyaksikan pasukan yang diuruskan beliau melepaskan 3 gol dalam UCL.

David Luiz meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-11. Eden Hazard menambah gol pada minit ke-35. Ini adalah gol pertama Hazard untuk Chelsea musim ini.

Namun begitu, AS Roma merapatkan jurang sebelum rehat menerusi Kolarov. Bersambung babak ke-2, 2 gol oleh Dzeko pada minit ke-64 dan 70 memastikan Roma 2-3 di hadapan.

Namun Hazard menyelamatkan Chelsea dengan cara yang kurang dijangka. Hazard antara pemain yang paling kecil dalam padang, melakukan tandukan cantik menewaskan Allison.

Alvaro Morata kembali daripada kecederaan, namun tidak banyak sumbangan pemain tersebut. AS Roma menguasai sebahagian besar perlawanan ini.

Roma melakukan 15 percubaan ke arah gol Chelsea dan 7 daripadanya adalah percubaan tepat.
Chelsea melakukan 17 percubaan dan hanya 4 percubaan tepat ke arah gawang Roma. Chelsea boleh menarik nafas lega kerana tidak tewas dalam perlawanan ini.

Dalam satu lagi perlawanan, Atletico Madrid diikat oleh Qarabag tanpa jaringan. Qarabag menamatkan 15 minit terakhir dengan 10 pemain.

Keputusan ini membolehkan Chelea kekal di tangga teratas kumpulan C diikuti Roma. Atletico kini dibesakan 3 mata daripada Roma dan 5 mata daripada Chelsea. – SEMUANYABOLA.COM

Comments

comments