DUN SABAH : RM1,500 Bonus Penjawat Awam Sabah

Kerajaan Sabah menerusi pembentangan Bajet 2018 hari ini mengumumkan penjawat awam di Sabah bakal menerima bantuan khas kewangan RM1,500.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata bayaran bantuan itu akan dibuat dua kali iaitu RM1,000 pada Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri tahun depan.

“Untuk penjawat awam negeri, kita sedar mereka adalah nadi utama jentera dan pentadbir perkhidmatan kerajaan. Oleh itu, kerajaan negeri ingin membawa khabar gembira kepada penjawat awam Sabah.

“Seperti yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri Sabah,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Jumaat. — BH ONLINE

Comments

comments