24 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, August 22, 2018

Latih Minda Elak Masalah Cepat Lupa

Saintis Amerika Syarikat (AS) dalam kajian terbaharu mereka mendakwa warga emas yang melakukan latihan minda menggunakan komputer seA�perti bermain permainan video boleh mengurangkan risiko cepat lupa atau dementia sehingga 29 peratus.

Ujian klinikal rambang ke atas lebih 2,800 orang dalam kajian yang dibiayai Institut Kesihatan Kebangsaan AS itu menggunakan latihan berasaskan minda yang dinamakan a�?Double Decisiona��, sebuah program yang dipatenkan oleh Posit Science yang boleh didapati di BrainHQ.com.

Latihan itu menguji kemamA�puan individu untuk melihat objek pada tengah sesebuah skrin seperti sebuah trak dan menekan klik pada objek yang keluar pada bahagian tepi seperti kereta.

Ketika responden semakin mahir, latihan itu menjadi lebih cepat dan sukar.

Idea itu adalah untuk melatih kemampuan minda bagi meA�ngubah dan menguji kemahiran persepsi, membuat keputusan berfikir dan mengingat.

Menurut saintis, proses itu menyamai cara belajar menunggang basikal, satu kemahiran yang tidak mengambil masa panjang namun mengakibatkan perubahan minda berpanjangan.

Kebanyakan responden berA�usia dalam lingkungan 74 tahun semasa mereka mendaftar untuk Latihan Kognitif Lanjutan bagi kajian warga emas bebas dan penting.

a�?Kepantasan proses latihan mengakibatkan kurangnya risiko nyanyuk dalam tempoh 10 tahun pada purata 29 peratus berbanA�ding mereka yang tidak mengikuti program itu,a�? kata ketua kajian itu, Jerry Edwards, seorang penyelidik dari University of South Florida.

Hasil kajian itu diterbitkan oleh jurnal Persatuan Alzheimer yang dikenali sebagai Alzheimer dan Dementia: Penyelidikan Translasional dan Pencegahan Klinikal.

Menurut Pengarah Penyelidikan Persatuan Alzheimer, Doug Brown, kajian itu membuat keA�simpulan tentang penyakit cepat lupa daripada laporan peribadi pesakit atau dari ahli keluarga bukannya secara diagnosis klinikal tentang keadaan tersebut.

a�?Kajian itu membayangkan jenis latihan minda tertentu boleh membantu orang ramai mengelak peA�nyakit cepat lupa tetapi penyelidikan yang terhad menyebabkan kita tidak boleh secara yakin membuat kesimpulan berkenaan,a�? katanya. a�� UTUSAN ONLINE

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.