Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Berkurangan Tengah Hari Ini

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan kepada 64 orang daripada 19 keluarga tengah hari ini berbanding 77 orang pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara di Manjung.

Seramai 32 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Tebuk Yan dan Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis pula menempatkan 32 mangsa daripada 11 keluarga. — BERNAMA

Comments

comments