DUN Johor: ADUN DAP Dihalau ‘Ganggu’ Persidangan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Tan Hong Pin, diarah keluar daripada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, selepas mengganggu sesi Rundingan Perbekalan Tambahan hari ini.

Speaker DUN Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, membuat keputusan itu mengikut Perkara 50 Peraturan dan Perintah Tetap  bagi Dewan Negeri Johor.

Hong Pin mencelah ketika DUN bersidang sebagai jawatankuasa bagi membacakan Rundingan Perbekalan Tambahan.

Dalam celahannya, beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berhubung isu air.

Bagaimanapun, Hong Pin enggan mematuhi arahan supaya keluar dewan, sebaliknya terus menimbulkan kekecohan sebelum ditarik Bentara Dewan dan diiringi untuk keluar dari dewan persidangan.

Sebelum ini, pada tahun 2013 Hong Pin pernah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Johor atas alasan membawa masuk orang luar tanpa kebenaran ke dalam dewan persidangan. – BH Online

Comments

comments