31 °c
Kuala Lumpur
Tuesday, February 20, 2018

44,400 beg sekolah diagih bagi Program Kembali Ke Sekolah YPM 2018

Sebanyak 44,400 beg sekolah akan diagihkan kepada 222 parlimen yang terlibat dengan Program Kembali Ke Sekolah Yayasan Pelajaran Mara (YPM) 2018 termasuk di Sarawak mulai minggu ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di samping memberi bantuan seperti beg sekolah, YPM juga melaksanakan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha melonjak pendidikan pelajar bumiputera.

“Ini dijalankan dengan menyediakan ruang dan peluang serta menawarkan kepada semua organisasi dan lapisan masyarakat untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat atau amal jariah melalui kerangka yang tersusun.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO atas kesudian menjalinkan kerjasama ini. Marilah kita bersama-sama memastikan kelerluan anak-anak kita terutamanya di luar bandar dan juga miskin bandar terus mendapat pembelaan dalam bidang pendidikan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas me­lancarkan Program Kembali Ke Sekolah YPM, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar. – UTUSAN ONLINE

 

Related Posts

Next Post