DEWAN NEGARA : KPKT Lulus 454 Permohonan TP1M Sejak 2014

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan 454 permohonan untuk program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M), kata Timbalan Menteri KPKT Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Katanya, permohonan yang diluluskan itu merangkumi 324 projek rumah kos rendah dan 130 projek rumah kos sederhana rendah dengan membabitkan jumlah kos RM327 juta.

“Sejak 2014, kementerian menerima 690 permohonan untuk program TP1M bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah berstrata kos rendah dan sederhana rendah swasta,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Yoo Wei How semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Halimah berkata TP1M memberi manfaat kepada 600,000 penghuni dengan melibatkan 150,000 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah di seluruh negara. — BERNAMA

Comments

comments