24 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, August 22, 2018

Kempen Nihayatul-am Ajak Umat Islam Berzakat

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan pelancaran kempen a�?Nihayatul-ama�? di Dewan Orang Ramai Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis dekat sini.

Baginda selaku Yang DiPertua MAIPs bertitah, kempen ini satu seruan galakan kepada masyarakat untuk menggunakan kesempatan di akhir tahun 2017 bagi menyempurnakan ibadah berzakat.

Titah baginda, selain itu umat Islam juga boleh memberikan sumbangan wakaf dan menyucikan harta tidak patuh syariah kepada Tabung Baraatuz Zimmah (t-BAZ) yang diuruskan MAIPs.

a�?Sumbangan ini diharapkan oleh MAIPs untuk membantu asnaf yang memerlukan selain akan digunakan untuk kemaslahatan ummah,a�? titah baginda.

Kempen MAIPs ini untuk mengajak umat Islam tunaikan ibadah zakat dan wakaf serta sucikan harta.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari : www.maips.gov.my. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.