PAU2017: MINDA – Mengapa 7 Sebagai Azimat Semangat, Perjuangan & Kejayaan UMNO ?

Oleh Ahmad Fauzi Mustafa

 

Semangat !  Tawa’duk ! Khusyuk ! Kepuasan ! Bersorak ! Bertepuk ! Sebak ! Menangis ! Harapan ! Keyakinan !

Itulah antara gambaran yang terpancar di wajah pemimpin tertinggi sayap Pergerakan Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO di samping pucuk pimpinan tertinggi parti dalam Dewan Merdeka malam tadi (Selasa).

Wajah-wajah 1,001 itu turut dirasai setiap perwakilan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang hampir keseluruhannya tidak berganjak dari kerusi empuk masing-masing selama hampir satu jam 18 minit.

Semuanya kerana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO sewaktu berucap ketika Majlis Perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Berbaju Melayu berwarna Merah Jambu atau Pink, Ahmad Zaid membuka kata-kata yang berjiwa besar itu dengan menghamparkan 7 manifesto bangsa yang akan menjadi satu gagasan besar.

Turut ditegaskan beliau adalah 7 manifesto itu juga bekalan pemikiran dan asas tindakan UMNO dalam menghadapi PRU (Pilihan Raya Umum) ke-14.

Dalam ucapan awalan memperlihatkan momentum Naib Presiden terus melonjak menerusi kata-kata “Inilah… Inilah manifesto sebelum manifesto.

“Inilah manifestasi akujanji kita kepada rakyat.

“Saya percaya 7 manifesto ini yang merangkumi 7 lembayung arjana (kejayaan) bangsa akan menjadi pegangan kita buat selama-lamanya,” kata Ahmad Zahid.

Terus bergema Dewan Merdeka dengan tepukan dan teriakan bersemangat Wanita, Pemuda dan Puteri.

Seolah-olah butang automatik sorakan bersemangat menjelma pada malam tadi.

Turut jua dirasai penulis yang berada dalam Dewan Merdeka.

“Lain macam malam ini,” kata seorang Pergerakan Pemuda secara spontan dalam dewan berkenaan.

Dalam ucapan berkisarkan LEMBAYUNG ARJANA BANGSA itu, Ahmad Zahid melontarkan mengapa dia memilih angka 7 itu.

Malahan Naib Presiden UMNO juga menjelaskan bahawa angka tujuh sering diulang dalam Al-Quran.

Allah SWT menciptakan tujuh petala langit tujuh petala bumi. Dan disempurnakan pada hari ketujuh

Ada 7 lautan dan ada 7 benua. Penciptaan manusia juga mempunyai tujuh fasa

Pensyariatan tujuh pusingan tawaf dan tujuh kali ulang-alik bagi sa’ie dalam ibadah haji dan umrah

Melontar jamrah juga dengan tujuh biji batu dan akbir pertama solat sunat hari raya juga sebanyak tujuh kali.

Dengan ketentuan Allah SWT 7 orang presiden telah memimpin UMNO sejak 7 dekad yang lalu.

Malahan, Ahmad Zahid juga mengangkat Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO ketujuh yang mana cabarannya bukan kecil tetapi besar.

Kerana itu cabaran organisasi beroperasi dalam persekitaran dinamik yang sentiasa berubah.

Globalisasi, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, ekonomi berasaskan pengetahuan dan sebagainya telah menghadirkan cabaran—cabaran yang menuntut perubahan di bawah Najib terhadap cara dan kaedah organisasi ditadbir urus bagi memastikan organisasi berupaya menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.

Dan pada masa yang sama merebut peluang yang dihadirkan oleh cabaran-cabaran tersebut.

Pemimpin adalah merupakan faktor terpenting dalam aspek ini yang membuat keputusan strategik bagi merealisasikan perubahan supaya faktor-faktor dalam organisasi seperti struktur, strategi, sumber manusia, kemahiran, sistem dan nilai organisasi yang dikongsi
bersama akan diselarikan (align) bagi menghadapi cabaran berkenaan dan merebut peluang yang terbuka.

Sesebuah organisasi boleh pupus kerana gagal memenuhi tuntutan masa hadapan.

Faktor-faktor dalam organisasi tidak akan berubah sendiri tanpa pemimpin yang berfikiran jauh yang boleh memacu organisasi untuk bergerak ke hadapan.

Sarjana pernah menyebut dalam Creating Tomorrow’s Organization bahawa organisasi masa hadapan akan berbentuk virtual dan beroperasi dengan melibatkan tahap penggunaan teknologi komputer dan ICT secara menyeluruh.

UMNO sebenarnya terarah itu dan menjadi sebuah organisasi masa hadapan yang perlu memberi perhatian kepada isu-isu good governance, synergistic collaboration antara sektor awam, swasta dan masyarakat, conformity kepada undang-undang sosial dan alam sekitar, perkongsian pintar antara organisasi dan sebagainya.

Dalam hal ini, pemimpin akan menjadi faktor terpenting yang akan memandu organisasi kepada perubahan dan segi visi, falsafah pengurusan, struktur, sistem dan budaya kerja bagi memastikan ianya berupaya memenuhi keperluan dan tuntutan organisasi masa hadapan.

Ayuh UMNO ! Inilah masanya Arjana Bangsa !

 

  • Penulis adalah Pengarang Digital Kanan BacalahMalaysia.com dan Ketua Penyelidik Pusat Penyelidikan Media Strategik (MINSTRA).

 

 

 

Comments

comments