31 °c
Kuala Lumpur
Tuesday, February 20, 2018

Perang di Semenanjung Korea Akan Menjadi ‘Kenyataan’

Korea Utara menegaskan latihan ketenteraan besar-besaran antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan serta ancaman perang AS terhadap Pyongyang akan menjadikan perang di Semenanjung Korea sebagai `kenyataan’.

Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara menerusi satu kenyataan memaklumkan, persoalan sekarang ialah tempoh waktu perang itu akan meletus.

“Kami (Korea Utara) tidak mahu peperangan tetapi kami tidak akan berselindung di sebaliknya dan jika AS tersilap percaturan terhadap kesabaran kami dan menyalakan api perang nuklear maka kami akan memastikan AS membayar akibatnya melalui kekuatan nuklear kami yang telah sentiasa diperkukuhkan,’’ ujar beliau. – Reuters

 

Related Posts

Next Post