Sultan Johor Miliki 15.52 Peratus Saham 7-Eleven Malaysia

7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, meningkatkan lagi pegangan baginda dalam syarikat itu kepada 15.52 peratus mewakili sejumlah 172.37 juta saham daripada 8.44 peratus yang dipegang pada Ogos 2017.

Sultan Ibrahim kekal sebagai pemegang saham individu kedua terbesar.

Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, berkata beliau amat gembira Sultan Ibrahim terus meningkatkan pegangan dalam 7-Eleven Malaysia.

“Ini mencerminkan keyakinan berterusan Sultan Ibrahim terhadap keupayaan, prestasi dan potensi perniagaan 7-Eleven Malaysia.

“7-Eleven Malaysia mencatatkan pendapatan belum diaudit sebanyak RM1.64 bilion dengan keuntungan sebelum cukai RM43.94 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2017,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Comments

comments