23 °c
Kuala Lumpur
Sunday, June 24, 2018

Didik Anak Cara Hidup Islam

Ibu bapa diseru menunaikan tanggungjawab mendidik anak-anak supaya mematuhi displin agama dan berakhlak mulia serta menjaga ketetapan solat lima waktu sebagai benteng utama pengukuhan jati diri.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. AsyA�raf Wajdi Dusuki berkata, mendidik peradaban ahli keluarga berteraskan ajaran Islam termaA�suk melatih disiplin menunaikan solat lima waktu perlu dijadikan teras utama ke arah melahirkan keluarga yang berjaya.

Menurutnya, usaha menggaA�lakkan anak-anak solat berjemaah di masjid perlu ditingkatkan keA�rana sembahyang akan memantapkan jati diri individu selain memiliki ruang untuk berkomuA�niti dalam suasana ukhuwah yang lebih kemas.

a�?Ruang masjid seharusnya dipenuhi oleh golongan muda terutama bagi solat isyak dan subuh sebagai latihan. Jangan biarkan masjid dan surau hanya dihadiri golongan tua.

a�?Jangan tafsirkan kehendak golongan muda dengan aktiviti hiburan, rekreasi dan riadah sahaja kerana mereka juga perlu mengimarahkan masjid dalam konteks mengerjakan ibadat dan mempelajari ilmu,a�? katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datoa�� Ismail Kali Ke-41 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Asyraf meA�nyampaikan hadiah kecemerlaA�ngan bagi Pencapaian PentakA�siran Tingkatan 3 dan peperiksaan akhir tahun 2017.

Yang hadir sama, Pengetua sekolah itu, Mohd. Sayuti Idris.

Asyraf turut menegur ibu bapa yang menyediakan kemudahan gajet dan telefon pintar kepada anak-anak sehingga menyebabkan wujudkan pelajar yang bersikap antisosial.

a�?Kita dapati telah wujud di negara kita terutama dalam kalaA�ngan remaja yang ketagihan media sosial. Mereka akan kemuruA�ngan kalau tidak dapat melayari media sosial yang sebenarnya mengandungi 1,001 perkara yang ada kebaikan dan keburukannya.

a�?Adalah lebih baik kita kembalikan semua permasalahan dunia alaf baharu kepada ajaran Islam yang sebenar. Latih anak-anak menjaga solat, tertib mengambil wuduk untuk tingkatkan kesucian hati dan fizikal selain berA�disiplin menurut ajaran Islam yang sebenarnya,a�? kata beliau. – Utusan Online

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.